fbpx

[VIDEO] 11 ditahan kes bertumbuk tular di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden pergaduhan antara seorang rider bersama sekumpulan individu yang dipercayai berlaku di sebuah resort di Batu, Pahat, Johor.

BATU PAHAT – Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan susulan sebuah video tular membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu yang lain.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 62 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan polis pada pukul 2.30 petang semalam berlakunya pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, semalam.

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut dan mengenal pastu punca sebenar kejadian.

Katanya, polis menasihati agar pengguna media sosial tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi satu minit tiga saat menunjukkan seorang lelaki berkepala botak memakai baju merah memarahi seorang penghantar makanan.

Dalam video berkenaan juga mendapati penghantar makanan seperti hilang sabar setelah diprovok sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka lelaki berkenaan.

Penghantar makanan itu kemudian jatuh setelah ditendang sebelum beberapa individu lain turut membelasahnya dan seorang wanita percayai isteri kepada penghantar makanan itu melindungi lelaki itu sebelum turut disepak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI