fbpx

Kadar cukai jalan ikut kuasa kuda sudah ‘lapuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBAYARAN LKM mengikut kuasa kuda kenderaan tidak lagi relevan dan satu semakan perlu dibuat bagi menanganinya. – Gambar hiasan

LUMUT – Kerajaan disaran menyemak semula tarif lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan kerana penilaian berdasarkan kuasa kuda (cc) kenderaan tidak lagi dianggap relevan, selaras transformasi peredaran zaman dilakukan kerajaan.

Penganalisis pengangkutan, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar, berkata, ketika ini sudah banyak kenderaan mewah yang membayar cukai jalan rendah kerana memiliki cc rendah.

“Banyak juga kenderaan lama yang terpaksa membayar cukai jalan yang mahal kerana mempunyai cc tinggi,” katanya semalam.
Sementara itu, pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan penetapan kadar cukai jalan lebih adil adalah berdasarkan nilai kenderaan.

Menurutnya, penetapan cukai jalan juga wajar ditentukan berdasarkan tahap pencemaran yang dihasilkan oleh sesebuah kenderaan.

Jelas beliau, perspektif atau andaian pokok sebelum ini adalah semakin tinggi pendapatan semakin tinggi cc kenderaan yang akan digunakan.

“Bagaimanapun, sekarang pakai cc rendah, tetapi kereta mahal maka mungkin perlu ada kriteria lain dalam menentukan kadar cukai jalan.

“Cukai jalan dikaitkan dengan kadar pencemaran. Kita boleh kaji bagaimana untuk menyemak kadar cukai jalan yang dikaitkan dengan tahap pencemaran.

“Begitu juga kadar kemewahan untuk mencukai. Berasaskan kemampuan membeli iaitu berdasarkan nilai kereta,” katanya.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri turut bersetuju suatu meka­nisme baharu wajar dikaji berhubung cukai jalan.

“Sekarang ada kereta mahal, tetapi cc kecil terutama yang menggunakan kuasa turbo 1.5. Cukai jualan dan insurans lebih murah berbanding kereta lama 2.0.

“Mungkin kerajaan boleh kaji semula mekanisme kadar cukai jalan berdasarkan kedua-dua harga dan cc sebab berdasarkan harga sahaja boleh dimanipulasi.

“Kalau kita kenakan berdasarkan harga kereta sahaja mungkin ada isu kemudian hari iaitu ‘price transfer’.

“Pengedar mungkin akan main harga untuk tarik pelanggan. ‘Based price’ (harga asas) rendah sebab hendak mengelak cukai tinggi, tetapi pindahkan harga kepada caj perkhidmatan atau caj lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI