fbpx

Tiga hospital baharu atasi kesesakan pesakit di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( tiga dari kiri) ketika melihat pameran KSSA, hari ini.

SHAH ALAM- Pembinaan tiga buah hospital awam di Selangor bakal mengatasi masalah kesesakan pesakit di fasiliti awam itu untuk jangka masa panjang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau mengambil maklum titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya Kementerian Kesihatan (KKM) menambah lebih banyak fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Dalam tempoh beberapa minggu lagi, Hospital Cyberjaya akan siap sepenuhnya dan (kerajaan Pusat) akan membina sebuah hospital di Kapar yang mempunyai 300 katil.

“(Kerajaan Pusat) juga sedang merancang membina sebuah lagi hospital di Sepang. Ini dapat mengurangkan tekanan kepada hospital sedia ada di negeri ini,” katanya selepas melawat pameran pelan pembinaan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di pusat beli-belah SACC Mall hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar KKM melihat keperluan fasiliti kesihatan di Selangor secara menyeluruh terutama melibatkan proses menunggu yang lama di hospital.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, SelCare hanya mampu menyediakan fasiliti kesihatan kecil seperti klinik SelCare dan Farmasi SelCare kerana pembinaan hospital adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI