fbpx

Pengusaha katering tipu insentif Perkeso RM170,400, beli gelang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengusaha katering diperintah membayar denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pengusaha katering didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan bantuan Program Insentif Pengambilan Pekerja sebanyak RM170,400, dua tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Eszahar Mansor, 38, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Isentif Pengambilan Pekerja di dalam Sistem Penjana Kerjaya 2.0 yang mana tertuduh mengetahui ia adalah palsu.

Perbuatan itu dilakukan di Unit Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 21 April 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau 10 bulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI