fbpx

Kerajaan bakal laksana semula platform Pemudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bercakap pada sidang akhbar selepas sesi 'Kick-Off' Dialog Strategik di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

KUALA LUMPUR – Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) bakal dilaksanakan semula bertujuan mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan dan industri di antara pihak kerajaan dan swasta.

Menteri ekonomi, Rafizi Ramli berkata, platform bersama itu juga mampu menyelesaikan proses dan juga prosedur perniagaan di peringkat kerajaan.

Menurut beliau, platform tersebut sudah bermula lebih kurang 15 tahun yang lalu dan mempunyai kesan yang baik, namun agak perlahan kebelakangan ini.

“Saya telah maklumkan kepada wakil-wakil industri bahawa pentadbiran ini akan memulakan kembali platform pemudah.

“Pemudah ini akan dipengerusikan bersama oleh saya sebagai Menteri Ekonomi dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd. Zuki Ali) mewakili pentadbiran kerajaan.

“Harapan kami, (inisiatif) ini akan mempercepatkan lagi usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan pasaran yang mesra perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi ‘Kick-Off’ Dialog Strategik: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, platform terbabit wajar dilaksan semula kerana dari segi kebolehsenangan melakukan perniagaan adalah sangat penting kepada pelabur dan kepada perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI