fbpx

Ahmad Jais kemudi skuad sepak takraw kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD JAIS dilantik ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw kebangsaan yang akan membuat persiapan ke Sukan SEA Kemboja nanti.

LEGENDA sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan bagi persediaan negara menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei ini.

Nama Ahmad Jais dalam arena sepak takraw negara bukan asing kerana beliau adalah tekong pemenang pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1994.

Timbalan Presiden 1 Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, pelantikan Ahmad Jais sebagai ketua jurulatih diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan PSM yang dilakukan kelmarin.

Abdul Halim turut menegaskan, PSM juga akan menyenaraikan seramai 25 pemain untuk menggalas tugas menjelang Sukan SEA Kemboja.

“Pemilihan barisan Skuad sepak takraw lelaki negara akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan. Seramai 37 orang pemain telah dikenalpasti untuk mencapai tahap kecergasan dan kemahiran pemain.

“Seramai 25 orang pemain akan berada dalam senarai pendek untuk menjalani latihan skuad kebangsaan bagi persiapan Sukan Sea 2023, Phnom Penh, Kemboja  dan Sukan Asia 2022 di Hangzhao, China.

“Bagi pelantikan jurulatih skuad lelaki, wanita dan chinlone akan diputuskan dalam masa terdekat setelah selesai urusan pelepasan atau peminjaman dimuktamadkan oleh PSM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN) serta pihak majikan,” kata Abdul Halim yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PSM.

Sebagai rekod, Ahmad Jais bukan sahaja menyumbang emas di Sukan Asia malah beliau turut membantu negara meraih emas Sukan Asia 1990 di Beijing dalam acara berpasukan. 

Setahun kemudian, Ahmad Jais turut memastikan  emas di Sukan SEA Manila menjadi milik skuad negara dalam acara berpasukan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI