fbpx

Projek istimewa Sofyank, Paul Rudd hero Ant-Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOFYANK mencuri perhatian apabila diundang menjalani penggambaran video bersama Paul Rudd di Australia.

KEUNIKAN bakat Sofyank dalam suntingan kesan khas visual menjadi inspirasi ramai apabila pempengaruh media sosial itu diundang ke Australia menjalani penggambaran video bersama hero filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Jonathan Majors.

Pemilik nama sebenar Muhammad Sofian Abdullah itu turut berkongsi gambar dan video pertemuan di set penggambaran filem berkenaan menerusi laman sosialnyaSepanjang minggu lalu, Sofyank rancak memuat naik momen penggambaran bersama Majors yang membawakan watak Kang the Conqueror iaitu seorang antagonis dalam Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Apabila selak satu persatu gambar pencipta kandungan popular dalam Twitter itu, Mizz Lahar pun rasa teruja dengan kejayaannya yang menyerlah sehingga diundang produksi antarabangsa.

Semoga kemaraan Sofyank mencetuskan ilham dan menyuntik semangat kepada pencipta kandungan lain menonjolkan keunikan tersendiri.

Malah sebelum itu dia membuatkan Mizz Lahar cemburu kerana berpeluang merakamkan gambar dengan Rudd yang disifatkan sangat peramah.

Mizz Lahar: Mahu tengok dua artis yang dah lama bertelagah bersatu semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI