fbpx

Malaysia mampu bangunkan syarikat inovatif berpertumbuhan tinggi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa sesi perbincangan bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 10 syarikat di pejabatnya semalam.

PETALING JAYA – Kerajaan komited menyokong penubuhan syarikat inovatif dan berpertumbuhan tinggi tempatan melalui peningkatan pelaburan dalam syarikat teknologi di bawah Belanjawan 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen tersebut disuarakan selepas mengadakan perbincangan secara maya dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 10 syarikat antaranya Aerodyne, Carsome dan Inari Amerton semalam

Beliau berkata, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada siri libat urus Belanjawan 2023 bersama-sama pihak industri.

“Perbincangan terkait tentang potensi besar syarikat-syarikat pemula di Malaysia dan keperluan campur tangan dasar Kerajaan dalam memperkukuh ekosistem syarikat pemula terutamanya bagi aspek pembiayaan, pembangunan bakat dan insentif fiskal.

“Malaysia mempunyai bakat untuk membina syarikat inovatif berpertumbuhan tinggi, yang seterusnya berupaya menjana pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, selaras dengan teras daya cipta dalam visi Malaysia Madani, Belanjawan 2023 akan menggalakkan pelaburan berteraskan pengetahuan dan inovasi.

“Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazana akan melabur lebih RM1 bilion dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI