fbpx

Maqis rampas 18 tan metrik makanan haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAQIS merampas makanan haiwan tanpa mematuhi syarat import jabatan itu di BSI, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah lori yang membawa makanan haiwan seberat 18 tan metrik bernilai RM47,000 di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini semalam.

Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan, makanan haiwan berkenaan dibawa masuk dari Singapura ke negara ini dan rampasan dilakukan susulan pemeriksaan rutin yang dijalankan pada pukul 1 petang terhadap lori terlibat.

“Hasil pemeriksaan lanjut, barang dagangan berkenaan ditahan kerana tidak mematuhi syarat import Maqis dan pengimport didapati menyediakan dokumen yang mengelirukan iaitu maklumat pengilang pada label barangan tidak sama dengan maklumat pengilang pada sijil kesihatan yang diisytihar.

“Bagi siasatan lanjut, MAQIS menahan pemandu lori berkenaan yang merupakan warga tempatan berusia 43 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maqis dalam kenyataan sama memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Maqis 2011.

“Pihak Maqis akan terus memperketatkan kawalan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan,” katanya.

Katanya, ia bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro-organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI