fbpx

Mahkamah: Pertuduhan cacat, SU Agung Muda kemuka bantahan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hariri (empat dari kiri) bersama kepimpinan Muda ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh NUZULSHAM

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan dalam kes Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Hariri Abd. Hadi yang didakwa berhubung satu perhimpunan LCS tahun lalu, memfailkan bantahan awal terhadap pertuduhan itu.

Dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Amir Hariri, 32, memaklumkan telah menghantar bantahan awal tersebut semalam.

“Bantahan itu terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan (Amir Hariri) cacat, dan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini,” kata Rajsurian ketika ditemui selepas pengurusan kes.

Kata peguam itu, Majistret Nurul Izzah Shaharuddin kemudian menetapkan 27 Mac ini bagi pendengaran bantahan awal tersebut.

Pada 26 0gos tahun lalu, Amir Hariri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan gagal memberitahu pihak polis perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)?’.

Tertuduh selaku penganjur perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)?’ didakwa gagal memberitahu pihak polis yang menjaga daerah Dang Wangi, di sini, lima hari sebelum mengadakan perhimpunan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pukul 2 petang pada 14 Ogos lalu 2022.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pada 14 Ogos tahun lalu media melaporkan, satu perhimpunan dikenali sebagai #ManaKapalLCS diadakan di luar kompleks beli-belah Sogo dan disertai kira-kira 200 peserta.

Difahamkan perhimpunan terbabit anjuran kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Jawantankuasa Protes Mana Kapal LCS’ itu dilaksanakan bagi menggesa kerajaan menyelesaikan segera siasatan berhubung skandal kapal tempur pesisir pantai.

Tiga hari kemudian, polis menyoal Amir Hariri dan 12 individu lain yang menyampaikan ucapan semasa perhimpunan itu berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI