fbpx

Pemandu Proton Wira laju memandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun Jabatan Netizen Malaysia.

PETALING JAYA- Seorang pemandu kereta jenis Proton Wira bertindak berani mati memandu lawan arus di lorong bertentangan, di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia, difahamkan kejadian berlaku sekitar pukul 3.50 pagi tadi di Jalan Sunway menghala ke Jalan Klang Lama.

Kelihatan di dalam video tersebut, kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah dihon berkali-kali oleh kenderaan lain di jalan raya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 30,200 tontonan, dan 65 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mengecam tindakan berbahaya tersebut kerana boleh mengakibatkan kemalangan kepada pemandu lain.

“Selalunya orang-orang macam itu memang tengah panik yang terlampau ke? Apa salah pusing balik ikut arus sampai jumpa susur keluar?,” komen Norhisyam.

“Alllahuakbar, kenapa memandu melawan arus ni.. kan dan membahayakan diri dan pengguna lain,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI