fbpx

Guna budi bicara mengenai etika pakaian ketika kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Contoh 1. Pasangan warga asing yang melancong di Kuala Lumpur sedang berjalan-jalan sebelum menjadi mangsa ragut. Mereka kehilangan wang dan pasport serta barang berharga lain.

Adalah menjadi perkara biasa warga asing hanya memakai seluar pendek dalam cuaca di Malaysia. Adakah mangsa jenayah ini perlu menukar pakaian sebelum membuat laporan di balai polis?

Contoh 2: Pasangan tempatan yang kedua-duanya memakai seluar pendek seperti seluar golf atau ‘bermuda’ yang dalam perjalanan untuk melancong. Kedua-dua mereka terbabit dalam kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan dibawa terus ke wad kecemasan hospital oleh orang awam.

Adakah pakaian mereka mematuhi etika pakaian untuk berurusan dengan hospital?

Contoh 3: Anda sedang bermain bola sepak dan hanya memakai pakaian sukan iaitu seluar pendek dan mengalami serangan jantung. Anda bergegas dibawa rakan ke hospital kerajaan terdekat.

Adakah hospital akan meminta anda pulang untuk menukar pakaian sebelum dibenarkan rawatan?

Sejak seminggu lalu, timbul semula isu seorang wanita yang memakai seluar pendek yang didakwa seluar ‘bermuda’ yang diarah untuk menukar pakaian sebelum dibenarkan membuat laporan polis selepas dia mengalami kemalangan.

Isu ini sering timbul dan menjadi polemik dalam masyarakat di negara yang rakyat berbilang kaum dan hak dan kebebasan berpakaian tidak disekat. Di dalam era sosial media dan perkongsian maklumat tiada had, sebarang isu yang membabitkan kepentingan majoriti akan mudah meletup.

Ia seperti kebakaran satu puntung rokok dibuang ketika musim kering di ‘savannah’. Adakah polis akan menidakkan warga asing berseluar pendek yang menjadi mangsa ragut yang datang membuat laporan? Atau adakah hospital akan menidakkan rawatan kepada mangsa kemalangan yang cedera teruk kerana tidak memakai pakaian yang mengikut kod yang ditetapkan kerajaan?

Perhatian besar mengenai isu telah mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Dia dilaporkan berkata, kod pemakaian ketika orang ramai berurusan di pejabat kerajaan memang wujud tetapi terpulang kepada budi bicara ketua jabatan. Kelonggaran mungkin diberikan dalam isu kecemasan tertentu, katanya.

“Kita boleh membuat kelonggaran berdasarkan jenis kecemasan dihadapi pengadu ketika membuat laporan di balai polis,” katanya

Secara jujur, ada beberapa tempat yang kita tidak mahu atau berharap tidak perlu ‘berurusan’ ketika kecemasan – hospital dan balai polis – kerana ia tanda suatu perkara buruk telah berlaku.

Kita sememangnya tidak mahu berurusan ketika KECEMASAN tidak kira dalam pakaian apa sekalipun dengan hospital atau balai polis. Peringatan telah diberikan oleh Ketua Polis Negara kepada kakitangannya dalam menangani isu ini.

Budi bicara atau good judgement harus menjadi keutamaan ketika agensi kerajaan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI