fbpx

Berang tidak diberi wang untuk kahwin, remaja bakar rumah ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kecemasan memadamkan api daripada rumah yang terbakar di Tebo. - iNewsTV/Budi Utomo

JAKARTA – Seorang remaja berusia 17 tahun bertindak nekad membakar rumah ibu bapanya kerana berang tidak diberikan wang untuk belanja kahwin, lapor laman berita Pikiran Rakyat semalam.

Suspek yang hanya dikenali sebagai RA  berasal dari Tebo, wilayah Jambi.

Menurut polis, suspek telah  diberkas selepas didakwa membakar rumah ibu bapanya akibat marah tidak diberi wang untuk berkahwin.

Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung mengesahkan penangkapan itu dengan suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

“Ya, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya,” kata Dedi, kelmarin.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, rumah milik pengadu di Jalan Kelompok Tani, kabupaten Tebo, wilayah Jambi hangus akibat dibakar. – Agensi 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI