fbpx

Anak tumbuk ibu, tarik rambut kerana ditegur buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Berang ditegur kerana bising, seorang lelaki tergamak menumbuk ibu kandungnya sebanyak dua kali dalam satu kejadian di Bahau, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, wanita berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan laporan mangsa telah menegur anak lelakinya berumur 25 tahun dan tidak bekerja supaya senyap kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Teguran itu menyebabkan anak lelakinya marah dan menumbuk bahagian belakang bahu mangsa sebanyak dua kali selain menarik rambut serta menolak mangsa sehingga jatuh.

“Susulan kejadian di ruang dapur rumah itu mangsa mengalami sakit di bahagian bahu. Semasa kejadian suspek dalam keadaan mabuk,” katanya.

Menurutnya, suspek telah berjaya ditangkap polis untuk siasatan lanjut dan direman selama empat hari mulai hari ini hingga 10 Februari nanti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI