fbpx

Abang Ikmal Amry bengang untung RM3.7 juta tak dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZULHAKIM menunjukkan penyata keuntungan pelaburan mata wang asing pada sidang akhbar di Ayer Keroh, Melaka hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Abang kepada pelakon kontroversi filem Pulau, Ikmal Amry membuat laporan polis selepas sebuah syarikat pelaburan mata wang asing didakwa gagal membayar keuntungan RM3.7 juta diperolehinya.

Menurut Mohd. Zulhakim Amry Ghazali, 37, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang, Johor pada 4 Januari lalu selepas pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran keuntungan dalam tempoh hampir setahun.

Ujarnya, jumlah awal pelaburan dagangan dilakukan adalah kira-kira USD10,000 (RM45,000) dan keuntungan diperolehi dilihat meningkat mencecah USD800,000 (RM3.7juta) pada 19 Mac tahun lalu.

“Saya terlibat dalam dagangan ini sejak 10 tahun lalu dan ini merupakan keuntungan tertinggi pernah dicapai.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati jumlah itu sudah dikeluarkan keesokan harinya, malah rekod keuntungan turut hilang daripada akaun dagangan saya,” katanya pada sidang akhbr di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya tidak mengalami sebarang masalah dengan syarikat tersebut dan pernah menerima pembayaran keuntungan sekitar USD100 (RM430) sehingga USD10,000, (RM43,000).

“Saya telah membuat lebih 10 kali pengeluaran sejak 2018, broker syarikat itu memang tidak ada masalah menguruskan pembayaran keuntungan.

“Tetapi kali ini, setelah hampir setahun bersabar, saya akhirnya terpaksa mengambil langkah undang-undang selepas mendapat nasihat daripada rakan dan peguam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI