fbpx

UMNO berpeluang menang PRN kerana Noh dan Khairy sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (duduk tiga dari kanan) menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai hari ini.

KUALA LUMPUR – Peluang UMNO untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor mungkin lebih cerah meskipun mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, beliau berpandangan demikian kerana Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah tiada dalam UMNO.

“Apabila mereka tiada dalam parti itu (UMNO), mungkin peluang bagi parti itu lebih cerah,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Noh dan Khairy iaitu peluang UMNO memenangi kerusi pada PRN Selangor adalah tipis berikutan “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI