fbpx

Naik 100 peratus sayur di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuki menunggu pelanggan di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Para peniaga di pasar basah di ne­geri ini mengeluh dengan kenaikan harga sayur-sayuran yang didakwa naik sehingga seratus peratus.

Malah, kenaikan itu tidak di­nyatakan sebabnya oleh pemborong sejak dua bulan lalu.

Tinjauan di Pasar Chabang Tiga di sini mendapati, sayur jenis tomato dijual pada harga RM12 sekilogram (kg) berban­ding RM5 pada bulan November tahun lalu, manakala salad pula naik daripada RM8 kepada RM14 sekilogram.

Seorang peniaga, Zolkiple Yakob, 59, berkata, disebabkan itu, jualan kasar bulanannya sebagai penjual sayur juga semakin menyusut kepada RM3,000 berbanding RM5,000 sebelum ini.

Katanya, pada pemerhatiannya, kenaikan harga keba­nyakan sayur-sayuran ini menyebabkan pengguna semakin kurang membeli.

“Harga timun turut melambung kepada RM6 sekilogram berbanding RM2.50 sekilogram sebelum ini.

“Begitupun beberapa sayur sedikit murah sejak awal bulan Januari lalu seperti lobak merah (RM3.50/kg), halia (RM8/kg), lengkuas (RM6/kg) dan sawi (RM5/kg).

“Sukar untuk meramal harga sayur-sayuran ketika ini, malah bekalan diterima juga kadang-kadang berkurangan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Marzuki Omar, 61, berkata, harga kacang panjang juga turut meningkat kepada RM12 daripada RM7 sekilogram sejak bulan Disember lalu.

“Harga sayur-sayuran yang 70 peratus daripadanya diimport dari Cameron Highlands, Pahang dan Thailand telah naik dengan ketara sejak gelombang kedua banjir pada pertengahan tahun lalu.

“Kenaikan itu dipercayai di­sebabkan cuaca tidak menentu dan kos pengangkutan, harap harga naik akan kembali stabil,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI