fbpx

Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta diselamatkan anggota bomba di Seri Manjung semalam.

LUMUT – Seorang wanita cemas apabila anak lelakinya berusia setahun lebih terperangkap dalam kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya besar di Seri Manjung, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, bayi tersebut terperangkap dalam kereta jenis Hyundai ketika ibunya sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam tempat penyimpanan barang di belakang kereta.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, kereta itu dikatakan terkunci sendiri ketika wanita itu berada di luar kenderaan tersebut dan menghubungi pasukan itu selepas usaha membukanya gagal.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.48 malam,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, didapati kanak-kanak tersebut berada di tempat duduk pemandu seorang diri.

Beliau memaklumkan anggota kemudian berjaya membuka pintu kereta tersebut menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya.

Jelas beliau, kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Yusuf Daud itu tamat sepenuhnya pada pukul 9.10 malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI