fbpx

Beli senjata api palsu online untuk bergambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (kiri) memeriksa sebahagian senjata api buatan sendiri dan palsu yang dirampas dalam sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Bahana memiliki senjata api buatan sendiri dan palsu sekadar mahu bergambar dan memburu haiwan, lapan lelaki ditahan di sekitar daerah ini pada Jumaat lalu.

Kesemua lapan suspek berusia dalam lingkungan 16 hingga 48 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan antara pukul 4.20 pagi dan 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, empat lelaki berusia 16 hingga 23 tahun diberkas kerana disyaki memiliki dua laras senapang tiruan menyerupai HK dan M16 dan sepucuk pistol palsu di Ketengah Jaya di sini.

Beliau berkata, serbuan pada pukul 4.15 petang itu turut merampas sepasang gari, peluru getah, dua walkie-talkie, dua topeng muka dan empat buah telefon bimbit.

“Hasil soal-siasat awal, mereka mengaku membeli semua senjata api palsu berkenaan menerusi platfrom e-dagang bagi tujuan bergambar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, sebelum itu dalam serbuan berasingan pada 4.20 pagi hari sama, dua lelaki berusia 29 dan 37 tahun kerana disyaki memiliki selaras senapang angin serta 28 peluru berupa bebola besi di
kawasan ladang kelapa sawit Felda Kerteh 2. di sini.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 48 tahun pula diberkas kerana disyaki memiliki selaras senapang angin, sebuah mesin kimpalan dan beberapa biji bebola besi dalam serbuan di Kampung Durian Mentangau di sini pada pukul 7.15 pagi.

“Serbuan seterusnya pada pukul 8.30 pagi pula berjaya memberkas seorang buruh berusia 40 tahun kerana memiliki selaras senapang angin buatan sendiri,” katanya.

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek mengaku belajar membuat senapang angin berkenaan menerusi Internet untuk memburu binatang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI