fbpx

Siti undi anak Raja Pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada persembahan kedua, duo bersaudara itu menyanyikan tiga buah lagu secara medley dengan membawa karakter popular sebagai 'The Mask' dan 'Joker’.

SHAH ALAM – Penghibur kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap peserta pilihannya dalam Famili Duo dengan memberikan undian untuk Yamani Abdillah dan Zaki.

Perkara tersebut dimuat naik dalam InstaStory yang memaklumkan undiannya jatuh kepada anak-anak Raja Pop Jamal Abdillah itu atas persembahan menakjubkan.

“Pusingan kedua ini memang sangat hebat. Undian Mak Iti (gelaran manja Siti) buat Zaki dan Yamani,” tulis pelantun lagu Cindai itu.

Pada persembahan kedua, duo bersaudara itu menyanyikan tiga buah lagu secara medley dengan membawa karakter popular sebagai ‘The Mask’ dan ‘Joker’.

Sementara itu, Jamal yang duduk di kerusi penonton memberikan sokongan padu kepada anak-anaknya turut meraih perhatian ramai.

Sepanjang lapan minggu bersaing dalam program realiti terbitan TV3 itu, dua beradik yang mewarisi bakat ayah mereka nyata memberikan cabaran sengit.

Selain penyanyi berusia 17 tahun itu bersama abangnya, duo yang turut berada di kerusi finalis adalah Ayda dan Fyna Jebat, Wani Kayrie dan Bella Astillah serta Sissy Imann dan Naim Daniel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI