fbpx

Remaja perempuan maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan Kuala Kangsar-Manong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nurul Afizah Mohamad Zubir yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari arah Manong menuju Kuala Kangsar.

Katanya, semasa sedang mara, sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dipandu lelaki warga emas berusia 69 tahun yang berada di bahu jalan sebelah kiri telah masuk ke laluan motosikal ditunggang mangsa.

“Kereta itu mahu membelok ke kanan untuk memasuki lorong Kampung Sementa, Kuala Kenas. Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat dan lelaki warga emas itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI