fbpx

Elaun pembangunan Ahli Parlimen dikurangkan, Hannah ikut keputusan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (kanan) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) pada Program Hiking Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Taman Perseketuan Bukit Kiara. -Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan beliau akan mengikut keputusan Kabinet berhubung pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Segambut itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang taklimat mengenai penggunaan peruntukan tersebut.

“Kita tunggu dulu, tetapi saya rasa kita akan ikut nasihat Kabinet kalau itu yang diperuntukkan dan kita akan tunggu sidang bajet yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang akhbar sempena Program Hiking Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Komuniti Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutuan, Bukit Kiara di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Beliau berkata, pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI