fbpx

MCMC minta waspada panggilan ‘scam’ Pegawai Tribunal MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa masyarakat agar berwaspada dengan taktik penyamaran individu yang mengaku sebagai Pegawai Tribunal MCMC.

MCMC menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang tribunal yang dinamakan mahupun beroperasi sebagai Tribunal MCMC.

Katanya, kakitangan daripada Tribunal MCMC seperti yang didakwa juga tidak wujud.

“Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai daripada Tribunal MCMC.

“Sebarang pengumuman atau pemakluman akan diuar-uarkan menerusi saluran rasmi seperti laman sesawang dan platform media sosial MCMC,” tegasnya.

Tambahnya lagi, pihaknya sama sekali tidak akan menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan.

Sehubungan itu, pihaknya juga menggesa orang awam untuk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali.

“Sekiranya menerima panggilan-panggilan mencurigakan, segera laporkan perkara tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

“Selain itu, boleh juga laporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI