fbpx

Kesesakan Bandar Saujana Putra selesai Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (tengah) meninjau projek pembinaan jejambat itu di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Isu kesesakan dihadapi 60,000 pengguna di susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) ke Bandar Saujana Putra di sini, dijangka selesai sepenuhnya Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam negeri, Izham Hashim berkata, kerja pembinaan jejambat bernilai RM60 juta yang tergendala sebelum ini, disambung semula.

Katanya, isu melibatkan pengalihan utiliti di bawah permukaan jalan raya dan kerjasama antara konsesi lebuh raya turut berjaya diselesaikan.

“Saya memahami kesulitan penduduk setempat yang terpaksa menempuh kesesakan setiap hari terutama pada waktu puncak. Kerajaan negeri sudah sediakan peruntukan bagi atasi masalah itu yang dijangka selesai hujung tahun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Izham meninjau perkembangan projek pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra itu bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) selain memaklumkan pihaknya akan memantau projek itu secara berterusan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI