fbpx

‘Tidak wajar tolak kerana pakaian, dia perlu pertolongan’- Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Matahari dan Iris di Kementerian KPWKM, Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berpendapat adalah tidak munasabah untuk menghalang seorang wanita yang memakai seluar pendek atas paras lutut daripada memasuki balai polis kerana individu berkenaan memerlukan bantuan.

Nancy mengulas demikian sebagai memberi reaksi kepada isu kejadian video tular apabila seorang wanita tempatan berang selepas dihalang daripada memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana memakai seluar pendek di atas paras lutut pada Isnin lalu.

Nancy berkata, berkemungkinan wanita terbabit juga tidak mempunyai pilihan lain semasa kejadian itu berlaku dan harus bergegas membuat laporan.

“Saya beri komen ini secara umum sebab kita tidak berada di tempat anggota (polis), kita tidak tahu bagaimana keadaan di situ.

“Tetapi bagi saya secara umumnya kita tidak harus mendiskriminasi sesiapa, tidak boleh pilih kasih kerana ada sebab individu itu pergi ke balai polis.

“Tidak kira pakaian dia macam mana, terutamanya (ketika) kemalangan kadang-kadang untuk proses insurans mereka perlu membuat laporan dalam masa 24 jam kalau tak silap saya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita (Matahari) dan Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita (Iris) di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita berusia lingkungan lewat 30-an itu hadir ke IPD untuk membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya.

“Anggota sentri mendapati wanita berkenaan memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut dan telah menasihatinya supaya menukar seluar yang lebih sesuai selaras etika pemakaian di premis kerajaan,” katanya.

Mohd Zaid berkata, wanita terbabit bagaimanapun enggan mendengar arahan anggota bertugas, malah membuat provokasi terhadap anggota berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI