fbpx

Kerjasama pihak swasta perkasakan mahasiswa TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini. - GAMBAR/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang mewujudkan kerjasama strategik dengan pemain industri swasta bagi memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sekali gus berupaya menyelesaikan masalah melibatkan latihan tidak diperlukan kumpulan terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama antara pihak swasta terlibat dengan pusat pengajian TVET itu bakal membolehkan pelajar mendapat latihan sebaiknya selain memperoleh pendapatan munasabah.

“Peruntukan untuk TVET ini mengikut belanjawan tahun lalu ialah sekitar RM6.7 bilion dengan merangkumi pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. Ia ada 500 institusi kemahiran latihan awam (ILKA) dengan jumlah pelajar sekitar RM250,000.

“Jadi, saya usulkan supaya ada langkah segera kerana kita ada kajian dan jawatankuasa untuk pastikan anak-anak ini dilatih dan dapat pekerjaan dengan pendapatan munasabah,” katanya dalam sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi.

Perdana Menteri berkata, melalui kerjasama itu, kerajaan mencadangkan agar pihak swasta untuk melatih, mengurus dan mengguna kepakaran bagi memenuhi skop keperluan yang diperlukan industri berkenaan.

“Maka kita cadangkan umpanya TVET atau institut latihan di Pengerang, maka kita minta diambil alih oleh Petronas untuk melatih, mengurus dan guna kepakaran bagi memenuhi keperluan mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI