fbpx

PM harap pingat emas mampu dituai di Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (tengah) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kiri) bergambar bersama Azizulhasni dan Pandelela menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Majlis ASN 2021 di MSN, Bukit Jalil semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan cukup tinggi agar sebutir pingat emas mampu dijelmakan oleh atlet negara pada Sukan O­limpik Paris 2024.

Beliau menegaskan, jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berada dalam senarai teratas untuk membantu negara menjelmakan pingat pada temasya sukan terbesar dunia empat tahun sekali itu.

Begitupun, Ahli Parlimen Tambun itu turut menegaskan, tugas menjelmakan kilauan pingat emas tersebut bukan terletak di bahu Azizulhasni sahaja, malah terhadap semua atlet negara yang lain.

“Azizulhasni memang masuk dalam senarai tinggi Majlis O­limpik Malaysia (MOM) dan kita harap yang lain (atlet) turut bersemangat.

“Sebentar tadi, saya baru bincang dengan Presiden MOM (Tan Sri Norza Zakaria) dan beliau memaklumkan kepada saya kerana tidak boleh menyebut satu atau dua pingat emas kerana nanti ada yang berkecil hati.

“Jadi, saya harap atlet negara perlu berusaha sedaya upaya dan jangan berputus, ikhtiar sebaik mungkin. Selebihnya kita bertawakal,” katanya sejurus berakhir Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan ASN 2021.

Lebih manis, juara dunia keirin 2017 itu menjadi atlet lelaki pertama yang memenangi anugerah tersebut buat kali kelima selepas merangkul anugerah ter­tinggi sukan itu pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI