fbpx

Kahwin muda, anak orang asli Bukit Payung enggan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Surau al-Ikhwan ketika Program Cakna Ummah Masyarakat Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka. FOTO AMRAN MULUP

ALOR GAJAH – Segelintir anak-anak orang asli di negeri ini enggan ke sekolah susulan cara kehidupan mereka yang berkahwin pada usia muda.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idris berkata, masih terdapat kumpulan anak-anak orang asli di beberapa buah kampung termasuk Kampung Orang Asli Bukit Payung yang enggan mendapatkan pendidikan asas di sekolah.

“Memang ada berlaku keciciran kerana ada sebahagian daripada mereka sudah berkahwin dalam usia yang sangat muda menyebabkan mereka enggan ke sekolah.

“Bagaimanapun isu keciciran anak orang asli dalam bidang pendidikan di negeri ini tidaklah begitu serius,” katanya ketika ditemui selepas Program Cakna Ummah Masyarakat Orang Asli Bukit Payung di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius terhadap isu keciciran anak-anak orang asli dalam bidang pendidikan di 14 buah kampung membabitkan seramai 2,057 pelajar.

Katanya, sebagai langkah awal kerajaan negeri telah memberi bantuan sekali bayar bernilai RM50 kepada 500 pelajar orang asli di tadika, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tambah beliau, kampung tersebut mempunyai masyarakat beragama Islam paling ramai iaitu sebanyak 53 daripada 147 buah keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI