fbpx

Remy Ishak ‘junior’ dalam perut isteri? Ini jawapan tuan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY ISHAK menafikan isteri, Ezza Yusof kini hamil anak sulung. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Dua tahun melayari bahtera perkahwinan dengan usahawan Ezza Yusof, pelakon Remy Ishak menafikan dakwaan bahawa isteri tersayangnya itu kini berbadan dua.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak tetap positif dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar segera diperkenankan rezeki dikurniakan ‘Remy Ishak Junior’.

“Oh yeke? Belum lagi. Doa-doakanlah,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Harum Malam di ibu negara, malam tadi.

Terdahulu, timbul desas-desus daripada sebilangan pengamal media bahawa Ezza kini hamil berikutan keadaan fizikalnya yang sedikit berisi sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, Remy, 41, berkahwin dengan Ezza, 40, yang merupakan pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow pada 21 Ogos 2021.

Dalam perkembangan lain, aktor kelahiran Melaka itu mengharapkan orang ramai memberi sokongan terhadap filem terbaharu arahan Dain Said lakonannya berjudul Harum Malam yang akan mula ditayangkan pada 9 Februari ini.

Memainkan karakter bernama Jamil dalam filem tersebut, Remy berkata, sudah tiba waktunya Lembaga Penapis Filem (LPF) bersikap lebih terbuka dalam memberi peluang filem tempatan terus berdaya kreatif.

“Agak tidak adil. Satu sad truth (kebenaran yang sedih) dalam industri perfileman Malaysia.

“Remaja bawah 18 tahun pun dah boleh tonton bermacam benda dalam platform online seperti over-the-top (OTT).

“Sekarang dah zaman digital. Pada saya, semua orang pun dah tahu mana baik dan tak baik. Dah sampai masa LPF untuk lebih terbuka agar industri filem kita terus berdaya maju,” ujarnya.

Remy diminta mengulas tentang beberapa babak serta dialog penting dalam Harum Malam yang dipotong dan ditapis LPF sehingga menyebabkan mereka yang hadir ketika tayangan perdana filem terbitan Apparat tersebut kurang sampai ke jiwa penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI