fbpx

Lelaki lemas ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Batu 6, Jalan Sanglang-Kodiang, dekat Jitra hari ini

JITRA – Seorang lelaki mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan dalam kejadian di Kampung Batu 6, Jalan Sanglang-Kodiang, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.59 petang tadi.

Katanya, operasi mencari mangsa dilakukan lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sharifudin Yaakob.

“Anggota melakukan operasi pencarian di permukaan sungai dengan dibantu penduduk kampung.

“Mangsa kemudian ditemui kira-kira pukul 5.39 petang tadi sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI