fbpx

Fahmi Fadzil dilantik jurucakap Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah dilantik sebagai jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan dengan media.

Jelas Fahmi, dalam mesyuarat Kabinet dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan supaya beliau dan kementeriannya bertindak sebagai wakil atau jurucakap bagi kerajaan terutama ketika berhadapan dpihak media.

Fahmi berkata, sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada setiap hari Rabu akan dikendalikan beliau sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir.

“Mana-mana minggu sebagai contohnya Perdana Menteri tidak dapat anjurkan sidang media mingguan, maka saya dan KKD akan usahakan,” katanya.

Fahmi berkata, antara peranan sebagai jurucakap kerajaan adalah, pihak media boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang perlu mendapatkan pengesahan.

“Ini bagi memastikan kementerian atau menteri yang tepat untuk dirujuk bagi mendapatkan maklum balas,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI