fbpx

Zahid umum tempoh bertenang, tangani kemelut politik Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) ketika sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di Pejabat UMNO Sabah hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pemimpin UMNO Sabah bertenang bagi membolehkan satu penyelesaian dapat dicapai sekali gus menamatkan polemik politik di negeri berkenaan.

Menurutnya, banyak pendekatan dan kaedah telah disusun namun penyelesaian ini memerlukan persefahaman dua hala antara pihak Barisan Nasional (BN) dan UMNO selain rakan-rakan parti politik yang lain.

“Saya berpandangan semua perkara atau isu dapat diselesaikan secara baik sekiranya ia ditangani dengan tenang.

“Pendekatan dalam hal ini kita tentunya dengan memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan juga memberikan penyelesaian kepada kekeliruan yang ada.

“Saya yakin keberadaan ini adalah satu tanda bahawa kepemimpinan parti diperingkat Pusat tidak mengambil mudah terhadap perkara-perkara yang berlaku di Sabah,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di Pejabat UMNO Sabah hari ini.

Terdahulu, polemik politik Sabah berlaku pada awal bulan ini selepas cubaan UMNO Sabah dan Parti Warisan (WARISAN) menukar kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, keadaan dilihat semakin buruk dengan tindakan UMNO Sabah menyatakan keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberi restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas menemui semua pemimpin Sabah yang terbabit dalam kemelut berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI