fbpx
Ahmad Zahid.

Tunggu penjelasan nanti – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Tunggulah dalam sesi akan datang,”.

Itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika diasak soalan wartawan mengenai penjelasan lanjutnya berhubung ‘pembersihan’ ahli UMNO, baru-baru ini.

Ahmad Zahid ketika diasak bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebelum beredar meninggalkan majlis.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir pada Majlis Anugerah Personaliti Quran dan Wakaf al-Qur’an di Kompleks Nasyrul Quran, di sini malam ini.

Sehingga kini, Ahmad Zahid belum lagi memberi penjelasan lanjut mengenai isu ‘pembersihan’ ahli UMNO dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada membuat ketetapan memecat bekas ketua pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.

Selain itu, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. – KOSMO! ONLINE

POPULAR