fbpx

Sembilan kaki judi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian suspek yang ditahan kerana bermain judi di Pusat Komersial Saujana, Sungai Petani awal pagi semalam.

SUNGAI PETANI – Seramai sembilan kaki judi termasuk seorang penganjur warga tempatan ditahan polis dalam serbuan Op Dadu/Limau di Pusat Komersial Saujana, di sini semalam.

Kesemua mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama pakar judi polis kira-kira pukul 2.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 47 tahun dan tinggal di sekitar Sungai Petani.

Katanya, polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai wang taruhan hampir RM20,000 selain peralatan untuk berjudi.

“Siasatan awal mendapati aktiviti perjudian tersebut telah berlangsung selama dua hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI