fbpx

Pecat ahli UMNO langgar disiplin perkara biasa – Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Razaleigh (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, Gua Musang semalam. FOTO AIMUMI TUAN LAH

GUA MUSANG – Pemecatan ahli yang melanggar disiplin merupakan perkara biasa bagi sesebuah parti politik terutamanya UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, amalan itu bukan sesuatu perkara yang baharu untuk UMNO kerana ia turut berlaku dalam parti lain.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sesebuah parti mempunyai disiplin tersendiri dan setiap ahli wajar mengikutinya.

“Seseorang yang tidak ikut tatacara, cara kerja dan susunan organisasi akan dikenakan tindakan disiplin untuk menjaga atau supaya parti berjalan dengan baik. Dalam keadaan sekarang, usaha dijalankan untuk menstabilkan keadaan politik.

“Kita melalui pemilihan pimpinan parti daripada semua peringkat. Sudah tentu ketua parti akan mengawasi perjalanan parti dan tingkah laku pemimpin sama ada yang menjalankan tugas biasa atau ada yang mempunyai minat untuk mencabar jawatan-jawatan tertentu sehingga ke peringkat tinggi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini semalam.

Tengku Razaleigh berkata, dia tidak pelik dengan tindakan yang dilakukan UMNO apabila memecat ahli dan menggantung keahlian beberapa individu nama besar dalam parti itu kelmarin.

Katanya, beliau percaya pemecatan dan penggantungan keahlian itu sudah diteliti dengan cermat oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk jawatankuasa disiplin.

“Sekiranya tidak berpuas hati, mereka boleh buat rayuan kerana ini perkara biasa dalam parti politik,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI