fbpx

Tiga universiti di Turkiye mahu kerjasama dengan USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli mendengar taklimat daripada salah seorang anggota delegasi dari tiga buah universiti Turkiye untuk bekerjasama dengan pihak USIM baru-baru ini

PUTRAJAYA- Tiga universiti ternama dari Turkiye melahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ia melibatkan İstanbul Üniversitesi dan İstanbul Sabahattin Zaim Üniversitesi selain Gaziantep Üniversitesi yang terletak di tenggara negara berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hasrat menjalinkan kerjasama itu dizahirkan selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi dari ketiga-ketiga universiti itu di pejabatnya.

“Saya menyatakan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Turkiye bukan baru bermula bahkan bertapak di hati umat Islam sejak zaman Khilafah Uthmaniyah.

“Kerjasama yang bakal dijalinkan itu akan memberi manfaat kepada para pensyarah dan pelajar di kedua-dua buah negara,” katanya.

Katanya, perbincangan mereka melibatkan beberapa kerjasama berkaitan hal ehwal Islam demi memberi faedah kepada kedua-dua negara selain menyifatkan kata putus positif sudah dicapai.

“Bagaimanapun,perancangan tersebut tidak dapat diteruskan susulan perubahan anggota jemaah Kabinet di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI