fbpx
Jalaluddin

‘Anthony tahu tak maksud tebuk atap?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN — Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bukan usaha ‘tebuk atap’, sebaliknya langkah mempertahankan prinsip parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, istilah “tebuk atap” tidak terpakai kerana UMNO sudah berada dalam kerajaan negeri bersama parti gabungan.

“Kalau kita nak ‘tebuk atap’, dari awal lagi kita boleh lakukan berdasarkan jumlah kerusi yang ada. Tetapi ini bukan isunya. Kita sudah berada dalam kerajaan, tiada sebab untuk berbuat demikian.

“Kenapa untuk kita tebuk atap? Orang yang nak tebuk atap ni dari segi pembangkang nak masuk kerajaan. Itu tebuk atap. Jadi Anthony Loke kena faham apa maksud tebuk atap.

“Yang kita buat sekarang ini ialah kerana untuk memastikan Kerajaan Negeri Sembilan boleh diurus dan boleh berjalan dengan baik, dan lebih stabil,” katanya kepada pemberita di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN