fbpx

Rasmus Paludan bakar lagi kitab suci al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawasi kedutaan Turkiye di Copenhagen, di mana Paludan membakar salinan al-Quran semalam. - AFP

ANKARA – Turkiye memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang membenarkan pelampau sayap kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan yang merupakan warga Denmark-Sweden pada awalnya membakar satu salinan al-Quran berhampiran sebuah masjid di Copenhagen, sebelum salinan kedua dibakar di luar kedutaan Turkiye.

Keputusan polis Sweden membenarkan Paludan mengadakan protes serupa di ibu negara, Stockholm mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu menyertai NATO.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis di Ankara telah memberi amaran kepada rakyat mereka tentang peningkatan risiko serangan balas di Turkiye.

“Ekoran insiden pembakaran al-Quran di Eropah baru-baru ini, kerajaan AS memberi amaran kepada rakyatnya tentang kemungkinan serangan balas oleh pengganas terhadap tempat ibadat di Turkiye.

“Pengganas boleh menyerang atau tanpa amaran, menyasarkan tempat ibadat atau tempat yang kerap dikunjungi orang Barat,” tambah kedutaan AS sambil menggesa orang ramai untuk terus berjaga-jaga dan mengelakkan daripada berkumpul.

Kedutaan Perancis menghantar e-mel dengan memberitahu rakyatnya di Turkiye supaya ‘sangat berwaspada’ dan menekankan amaran AS.

Sumber diplomatik Turkiye berkata, duta Denmark itu dipanggil untuk membantah sikap negaranya yang ‘tidak boleh diterima’ terhadap tindakan Paludan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan membenarkan tindakan provokatif ini, yang jelas merupakan jenayah kebencian,” kata sumber diplomatik Turkiye itu kepada pemberita.

Paludan berikrar semalam untuk terus membakar al-Quran secara mingguan sehingga Turkiye meluluskan Sweden dan Finland menganggotai NATO.

Pemimpin Sweden mengecam sekeras-kerasnya tindakan Paludan, tetapi mempertahankan penerimaan luas negara mereka terhadap kebebasan bersuara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI