fbpx

Kegilaan Kahar, kapla High Council

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAHAR

PERCATURAN membariskan pelakon baharu menerusi drama Projek: High Council ternyata berjaya apabila beberapa watak utamanya tular dan menjadi kegilaan ramai dalam media sosial.

Antara watak yang menjadi sebutan ramai ialah Kahar lakonan Amir Ahnaff dan Fakhri (Mierul Aiman).

Rata-rata netizen memuji mutu lakonan mereka yang dikatakan tidak kelihatan kaku berbanding pelakon baharu lain.

Selain watak Kahar yang digilai para gadis, babak ketika dia mengumumkan diri sebagai Kapla (ketua) di sekolahnya turut tular.

Kata netizen, babak tersebut meninggalkan impak terhadap penonton ditambah dengan reaksi muka Kahar yang bersahaja.

“Suara dia sangat ‘jantan’!

“Selepas ini ramai wanita yang akan berebut watak Kahar dan Fakhri, jawline (rahang) mereka pun boleh tahan,” komen netizen.

Drama tersebut turut dibintangi Nadhir Nasar dan Naim Daniel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI