fbpx
Khairudin bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Tiada budaya ‘kapla’, gengsterisme di asrama sekolah Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiada budaya ‘kapla’ atau gangsterime wujud di asrama-asrama sekolah negeri ini yang dianggap pencetus utama kejadian buli, di sebalik kerisauan masyarakat tentang gejala tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bagaimanapun mendedahkan statistik kes buli yang berlaku di sekolah-sekolah negeri ini iaitu 85 kes pada tahun 2024, manakala 49 kes bagi tahun ini hingga Ogos.

Bagi tahun 2024, 23 kes buli berlaku di asrama, sembilan di luar sekolah dan 53 di sekolah, manakala pada tahun 2025 pula hingga Ogos, sebanyak 14 kes buli berlaku di asrama, tiga di luar sekolah serta 32 di sekolah.

“Namun hasil siasatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan maklumat yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiada budaya ‘kapla’ atau gangsterime yang wujud di asrama sekolah negeri Perak.

“Kes-kes buli yang berlaku adalah akibat perasaan tidak puas hati yang timbul serta perselisihan komunikasi antara murid,” katanya ketika sesi soal lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN