fbpx

1,140 kereta kemalangan hari ke-10 Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – 1,140 buah kereta antara 1,711 kenderaan terlibat dalam kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari terakhir pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah kenderaan terlibat itu, sejumlah 1,389 kemalangan berlaku pada hari berkenaan.

“Berdasarkan statistik harian polis, kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 66.62 peratus atau 1,140 kes, diikuti dengan motosikal sebanyak 14.61 peratus atau 250 kes dan pacuan empat roda sebanyak 12.33 peratus bersamaan 211 kes.

“Data kemalangan selebihnya melibatkan sebanyak 86 buah lori, seterusnya van (15), bas (7), manakala traktor dan basikal masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, 1,173 buah kereta antara 1,750 kenderaan terlibat dalam kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kesembilan pelaksanaan Op Selamat 19, kelmarin

Daripada jumlah kenderaan yang terlibat kemalangan itu, sebanyak 1,591 kemalangan direkodkan pada hari berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI