fbpx

Wanita Malaysia, anak 6 tahun maut bot dinaiki karam di Krabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga itu dibawa menaiki bot sebelum terbalik dan karam akibat angin kencang di Koh Hong. - AFP

BANGKOK – Sebuah bot yang membawa pelancong dari Malaysia karam di luar pantai wilayah Krabi, selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang wanita hamil berusia 36 tahun dan anaknya yang berusia enam tahun terkorban, manakala suami mangsa serta pengusaha bot warga Thailand terselamat dengan bantuan nelayan tempatan.

Ketika kejadian, seorang nelayan bernama Warit Changmin, 21, keluar mencandat sotong di tanjung Laem Hang Nak, daerah Mueang sebelum berpatah balik ke pantai apabila hujan mengejut dan angin kencang melanda petang kelmarin.

Warit kemudian terserempak dengan empat orang yang terapung di laut dengan salah seorang daripada mereka memakai jaket keselamatan.

Wanita hamil dan anaknya sudah tidak sedarkan diri ketika Warit menemui mereka. Dia menarik mangsa ke dalam botnya dan membawa mereka ke pantai di Jeti Klong Sai.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Krabi untuk rawatan, di mana wanita bernama Tan Chen Woon dan anaknya disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Suami mangsa, Gan Kah Seng, 37, dan pemandu bot, Sala Budsa, 45, selamat dan semakin pulih di bawah pengawasan rapi di Hospital Krabi.

Pemandu bot, Sala berkata, dia membawa tiga sekeluarga itu ke laut kira-kira pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dengan menaiki bot  Syarikat Sina Tour. Keluarga itu menginap di Anyavee Resort.

Di Koh Hong, mereka menghadapi angin kencang semasa dalam perjalanan pulang ke pantai sehingga menyebabkan bot itu terbalik dan karam di tengah laut.

Pegawai dari Balai Polis Ao Nang berkata, Sala akan disoal siasat sebaik sahaja dia keluar dari hospital.

Gabenor wilayah Krabi, Passakorn Bunyalak telah mengarahkan agensi berkaitan untuk menjaga mangsa tragedi  itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI