fbpx

Suami kapak kepala isteri kerana cemburu buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suami mencederakan isterinya dengan menggunakan sebilah kapak di Kabupaten Tangerang baru-baru ini. - Istimewa/Tribunnews

JAKARTA – Seorang suami sanggup mencederakan kepala isterinya dengan menggunakan sebilah kapak kerana cemburu buta di Kabupaten Tangerang, lapor portal berita merdeka.com semalam.

Menurut kenyataan pegawai polis Tangerang, Zain Dwi Nugroho, berikutan itu si isteri mengalami kecederaan serius di kepala, lengan dan jari manis kirinya putus.

Setelah mendapat laporan tindakan kekerasan ke atas seorang isteri, anggota-anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menangkap si suami dan menurut Zain, barang bukti yang dirampas ialah sebilah kapak, pisau dan gunting daripada tangan pelaku.

Selepas menyerang isteri, si suami bertindak mencederakan diri sendiri dengan menggunakan pisau dan gunting sebelum menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, portal berita BantenNews.co.id melaporkan kejadian tersebut berpunca daripada tindakan isterinya yang ketawa sambil berbual dalam ruangan sembang dengan seorang lelaki lain. 

Menurut Zain, si suami itu akan didakwa kerana melakukan keganasan rumah tangga, – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI