fbpx

Ringgit terus naik berbanding AS$

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asas ekonomi negara yang stabil memberi petunjuk bahawa ringgit akan kembali mengukuh. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) pada kadar 2.8 peratus minggu ke ming­gu untuk mencapai paras 4.25 semalam.

Situasi itu berlaku walaupun Bank Negara Malaysia mengejutkan pasaran untuk mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman pada 2.75 peratus selepas mesyu­arat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari tahun ini yang diadakan minggu lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, pengu­kuhan ringgit mungkin le­bih didorong faktor-faktor luaran, terutamanya situasi di Amerika Syarikat.

Jelasnya, indeks AS$ terus jatuh tatkala tanda-tanda kelemahan ekonomi AS mula kelihatan.

“Statistik jualan runcit Disember 2022 pada bulan ke bulan adalah lebih rendah pada negatif satu peratus berbanding jangkaan 0.8 peratus, yang menandakan perbelanjaan pengguna lembab dalam keadaan inflasi dan kadar faedah yang tinggi.

“Selain itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) juga dijangka menurunkan trajektori kenaikan kadar faedah daripada 50 mata asas pada Di­sember 2022 kepada 25 mata asas pada Februari ini.

“Isu kadar hutang Amerika Syarikat juga dilihat mempenga­ruhi kejatuhan nilai AS$ secara tidak langsung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Firdaos Rosli

Ringgit bermula baik pada hari pertama dagangan tahun lalu untuk merekodkan 4.17 berbanding AS$, sebelum jatuh merudum kepada paras terendah 4.746 pada 4 November lalu, berikutan pe­n­getatan dasar monetari secara agresif di AS.

Firdaos menambah, faktor pembukaan ekonomi China juga dijangka mengukuhkan lagi pasaran buruh, perdagangan dua hala Malaysia-China dan penggunaan akhir di Malaysia.

“Dari aspek domestik, unjuran makroekonomi negara masih lagi kukuh di samping kadar inflasi telah pun memuncak pada tahun lepas.

“Kadar inflasi dijangka mendatar dan seterusnya menu­run, sekiranya harga minyak kekal pada tahap sedia ada. Pergelutan politik yang semakin reda juga memberikan nafas baharu dalam pengukuhan nilai ringgit secara umumnya.

“Untuk minggu ini, kami menjangka ringgit akan kekal pada kedudukan yang kukuh berban­ding AS$ berikutan naratif-naratif luaran dan sentimen domestik yang baik,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI