fbpx

Pengkritik pertama Mas Idayu ditemui selepas 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terkini Sufian (kiri) yang bertugas sebagai penjual kereta.

PETALING JAYA – Isu kritikan pedas yang dibuat oleh penyanyi, Mas Idayu terhadap Sissy Iman dalam satu program hiburan nampaknya masih belum reda.

Terbaharu, pengguna media sosial berjaya temui semula seorang lelaki yang pernah mengkritik penyanyi dangdut itu dalam satu program nyanyian realiti pada tahun 2014.

Pemuda yang dikenali sebagai Sofian itu merupakan seorang peserta program tersebut ketika itu lantang mempersoalkan kritikan yang telah dilakukan Mas Idayu terhadapnya.

“Akak nyanyi sedap sangat ke?” jelas Sofian dalam satu video yang pernah tular sebelum ini.

Ketika ini Sofian dilaporkan bekerja sebagai penjual kereta sudah berusia 31 tahun dan menggunakan akaun TikTok @sufianutamamotor.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen dan berterima kasih kepada Sofian yang berani mengkritik Mas Idayu dalam program Mentor yang disiarkan di saluran TV3.

“Padu eh abang ‘sound’ Mas Idayu masa tu sampai terduduk nenek tu,” kata Pelangi Indah.

“Bang nyanyi balik lagu yang abang nyanyi masa pemilihan tu, biar bernanah telinga Mas Idayu,” jelas Nur.

“Itulah abang padu sangat ‘sound’ Mas Idayu, sampai ke sini orang cari,” tulis Cinta Hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI