fbpx

Banjir: 4,805 mangsa ditempatkan di 53 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 4,805 mangsa banjir ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat pukul 5.40 petang ini.

Melalui data di aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan, ia melibatkan negeri Johor, Pahang dan Sabah dengan 1,332 keluarga terjejas berikutan banjir.

“Di Johor seramai 4,540 mangsa daripada 1,257 keluarga ditempatkan di 46 buah PPS.

“Manakala di Sabah empat PPS dibuka dengan 168 mangsa daripada 47 keluarga direkodkan dan Pahang dengan 97 mangsa daripada 28 keluarga ditempatkan di tiga PPS,” kata info tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI