fbpx

Lelaki warga asing cuba intai jiran ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan polis tidak lama selepas saksi melaporkan kejadian tersebut.

CYBERJAYA – Seorang pelajar warga asing ditahan polis selepas cuba mengintai jirannya mandi di sebuah kondominium di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu disedari jiran kepada mangsa yang mendakwa sempat melihat suspek memanjat ruangan tepi berdekatan tandas rumah mangsa.

“Saksi juga mendakwa suspek turut membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruangan tepi tandas itu untuk mengintai. Bagaimanapun, mangsa tiada di rumah ketika kejadian.

“Saksi kemudiannya melihat suspek melarikan sehelai seluar milik mangsa dan sempat merakam perbuatan lelaki itu menggunakan telefon pintar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, saksi juga cuba mengejar suspek namun lelaki tersebut sempat melarikan diri sambil dilihat memegang sesuatu.

“Saksi yang juga merupakan pelajar kolej berusia 20 tahun kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pukul 2 petang tadi.

“Suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira pukul 4 petang bersama sehelai baju warna putih, sehelai seluar pendek warna hitam dan sepasang selipar warna hitam bersama sebuah telefon bimbit,” ujar beliau

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan 379 Kanun Keseksaan dan siasatan mendapati, suspek adalah seorang pelajar dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI