fbpx

27 anak syarikat PKNP ditutup – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain menandatangani plak di majlis perasmian dan pelancaran projek Piccadilly@Greentown di Ipoh hari ini.

IPOH – Sebanyak 27 anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah ditutup sehingga kini kerana gagal mempamerkan prestasi yang baik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindakan itu diambil kerana anak-anak syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang perniagaan selain tidak memberi sumbangan kepada kerajaan.

Bahkan, katanya, ia membebankan PKNP dan kerajaan negeri yang mengambil tanggungjawab membayar gaji dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya, penutupan 27 anak syarikat tersebut diambil bagi memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan tidak terus terbeban selain membolehkannya memainkan peranan dengan sewajarnya.

“Kesemua anak syarikat yang ditutup tersebut telah wujud sebelum saya (menjadi Menteri Besar). Saya masuk dan tutup (anak-anak syarikat PKNP),” katanya selepas menghadiri majlis perasmian dan pelancaran projek Piccadilly@Greentown, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, beliau telah memaklumkan sewaktu pembentangan bajet negeri baru-baru ini mengenai kadar sumbangan yang diberikan oleh GLC di Perak.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah meletakkan unjuran untuk sumbangan keseluruhan daripada GLC menjelang 2030 iaitu kira-kira RM100 juta.

“Semua GLC mesti mula membuat perancangan yang teliti kerana setiap keuntungan daripada pembangunan dan projek kita beri mesti sumbangkan balik kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI