fbpx

Lelaki disyaki terlibat dalam tembakan Tahun Baharu Cina di California ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis memeriksa keadaan van putih tersebut yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di Monterey Park, California, semalam. – Getty Images

MONTEREY PARK, CALIFORNIA – Pemandu sebuah van berwarna putih yang dipercayai terlibat dengan insiden tembakan di Monterey Park, California, disahkan mati, lapor stesen penyiaran CNN.

Beberapa sumber polis memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa pemandu tersebut mati akibat kesan tembakan yang ‘dilakukan sendiri’. 

Sekurang-kurangnya dua lubang yang ditembusi peluru dapat dilihat pada tingkap tepi kenderaan itu sebelum polis menghampirinya.

Wakil CNN di lokasi kejadian setakat ini masih belum melihat pemandu tersebut dikeluarkan dari van itu sejak Pasukan Taktikal dan Senjata Khas (SWAT) tiba.

Awal semalam (waktu tempatan), sumber memberitahu CNN bahawa maklumat awal yang diperoleh adalah polis cuba menghentikan kenderaan itu yang disyaki terlibat dengan insiden tembakan semalam, di Monterey.

Namun, ketika polis mengarahkan pemandunya keluar dari kereta, mereka terdengar bunyi tembakan dan dipercayai pemandu berkenaan menembak dirinya sendiri.

Dalam kejadian malam Tahun Baharu Cina itu, 10 orang maut apabila seorang penyerang melepaskan tembakan rambang di kawasan yang sebahagian besar dihuni penduduk dari Asia di Monterey Park.

Tembakan tersebut berlaku di sebuah kelab tarian sejam selepas sambutan Tahun Baharu Cina diadakan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI