fbpx

Jambatan Bagan Datuk-Sejagop siap sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) mendengar taklimat ketika melawat tapak pembinaan jambatan Bagan Datuk-Sejagop di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan tiga daerah di Perak dan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka boleh digunakan selewat-lewatnya sehari sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata penyiapan jambatan bernilai RM460 juta pada 20 April itu dijangka mampu memberi impak besar terhadap pembangunan di daerah Bagan Datuk dalam jangka panjang khususnya dalam usaha menarik pelaburan.

Jelasnya, ia kerana jambatan itu memberi kemudahan kepada akses laluan pengangkutan utama dengan masa lebih singkat seperti ke Lembah Klang dan Pelabuhan Lumut, selain menghubungkan Bagan Datuk dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Bahkkan, beliau memaklumkan apabila WCE siap sepenuhnya nanti, perjalanan dari Lembah Klang ke Bagan Datuk hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit berbanding hampir tiga jam sekarang.

“Saya yakin beberapa pelabur tempatan dan luar negara akan datang ke sini dengan beberapa kilang dalam perancangan untuk dibina dengan sasaran 4,000 peluang pekerjaan diwujudkan buat permulaan disusuli 10,000 peluang pekerjaan lagi menjelang 2030.

“Ia secara tidak langsung akan menggalakkan pembangunan premis komersial, perumahan dan yang lain berpunca daripada kuasa beli yang ada pada pekerja-pekerja tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan projek jambatan itu di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, projek pembinaan jambatan tersebut sepanjang 10.5 kilometer (km) dengan 1.54 km adalah panjang jambatan merentasi Sungai Perak, mula dibina pada 2016 kini sudah siap 97 peratus.

Jelas beliau, jambatan itu sepatutnya siap dibina pada Oktober 2020 mengikut jadual asal tetapi tertangguh disebabkan beberapa faktor seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, kenaikan kos bahan binaan serta faktor iklim.

Begitupun, menurut beliau, sebarang kenaikan kos akibat kelewatan penyiapan jambatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor utamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI